Wednesday 8 June 2011

Riwayat Hidupku..

Aku dilahirkan pada tanggal 26 Ogos 1985 bersamaan dengan hari Isnin di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Noor Hafiz nama ku diberi. Memulakan pendidikan peringkat Pra-persekolahan di Tadika Kemas Melor dan memasuki Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Melor. Sehingga Darjah 3 aku dipindahkan ke SK Muadzam Shah Pahang akibat perpindahan keluarga ku ke Pahang.Sekolah aku di peringkat rendah bertambah lagi apabila abah aku memindahkan aku ke SK Bukit Ridan semasa Darjah 4.Sehinggalah aku tamat Darjah 6 di sekolah tersebut dengan keputusan UPSR yg tak seberapa.Tingkatan 1 aku bermula di SM Muadzam Shah apabila aku hanya bertahan selama sebulan sahaja di situ akibat menerima tawaran belajar di SMK Agama Pahang.Walaubagaimanapun selepas memperolehi keputusan PMR aku menyambung pelajaran aku di SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah di Tingkatan 4 sehinggalah aku tamat SPM di Tingkatan 5.Akibat keputusan SPM ku yg xberapa nk memberansangkan, aku melanjutkan pengajian ku di peringkat Diploma di Universiti Teknologi Malaysia, KL. Sehabisnya Diploma aku,tanpa buang masa aku menyambung pengajian di Peringkat Sarjana Muda di Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Dan pada tahun 2009 secara rasminya aku menamatkan pengajian. Tamat je pengajian,aku trus merantau cari keje,sempatla keje sekejap kt dua company satu kt Rawang n satu kt Lumut.Payah jgk nk cari keje time tu,nk meraung pecah otak jgkla rase time tu. So sekarang aku berkhidmat sepenuh masa sebagai kuli di Universiti Malaysia Pahang Pekan pulak.Mungkin sampai pencen la kot kt sini..uhhuu!

Oppss!!..sebelum terlupa..pada tanggal 6/6/2010 aku mendirikan rumahtangga dengan insan tersayang iaitu isteriku sekarang..hehe..rasanya cukup dlula penceritaan riwayat hidupku..kalau teringat point2 sal riwayat ni nnti aku update balik..ngeh3

No comments:

Post a Comment